Sabtu, 15 Ogos 2015

SULTAN ABU BAKAR 'BAPA PERMODENAN JOHOR' (1862-1895)


Sultan Abu Bakar menaiki takhta pada tahun 1862, menggantikan ayahandanya Temenggung Ibrahim. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda sering melawat England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik untuk membangunkan Johor. Baginda melakukan beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Johor.

PEMBAHARUAN SULTAN ABU BAKAR DI JOHOR

  • Membangunkan Johor mengikut sistem pentadbiran Barat.
  • Mengadakan mahkamah ,perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.
  • Membina sekolah ,hospital dan jalan raya untuk kemudahan rakyat.
  • Menubuhkan pasukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan.
  • Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar di dunia melalui pelaksanaan Sistem Kangcu.
Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh pihak British melalui Perjanjian Persahabatan pada tahun 1885. Melalui pengiktirafan tersebut , Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor serta mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura. Maharaja Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi. Kedaulatan negeri Johor berjaya dipertahankan oleh Sultan Abu Bakar apabila baginda hanya bersetuju menerima seorang pegawai British bertaraf Konsul bukannya Penasihat British. Baginda turut mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor sebagai perlembagaan negeri pada tahun 1895. Perubahan yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar dalam bidang pentadbiran dan pembangunan negeri menyebabkan baginda digelar Bapa Pemodenan Johor. Sultan Abu Bakar digantikan oleh anakanda baginda , iaitu Sultan Ibrahim.

1 ulasan: