Sabtu, 15 Ogos 2015

SULTAN ABU BAKAR 'BAPA PERMODENAN JOHOR' (1862-1895)


Sultan Abu Bakar menaiki takhta pada tahun 1862, menggantikan ayahandanya Temenggung Ibrahim. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda sering melawat England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik untuk membangunkan Johor. Baginda melakukan beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran negeri Johor.

PEMBAHARUAN SULTAN ABU BAKAR DI JOHOR

  • Membangunkan Johor mengikut sistem pentadbiran Barat.
  • Mengadakan mahkamah ,perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.
  • Membina sekolah ,hospital dan jalan raya untuk kemudahan rakyat.
  • Menubuhkan pasukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan.
  • Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar di dunia melalui pelaksanaan Sistem Kangcu.
Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh pihak British melalui Perjanjian Persahabatan pada tahun 1885. Melalui pengiktirafan tersebut , Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor serta mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura. Maharaja Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi. Kedaulatan negeri Johor berjaya dipertahankan oleh Sultan Abu Bakar apabila baginda hanya bersetuju menerima seorang pegawai British bertaraf Konsul bukannya Penasihat British. Baginda turut mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor sebagai perlembagaan negeri pada tahun 1895. Perubahan yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar dalam bidang pentadbiran dan pembangunan negeri menyebabkan baginda digelar Bapa Pemodenan Johor. Sultan Abu Bakar digantikan oleh anakanda baginda , iaitu Sultan Ibrahim.
 TERENGGANU


ASAL USUL NAMA TERENGGANU

Negeri terengganu pada asalnya terletak di Kuala Sungai Terengganu. Sultan Terengganu ke-9 iaitu Sultan Umar menyatakan asal nama terengganu daripada sebutan taring-anu . 

PEMBENTUKAN KERAJAAN TERENGGANU

Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang telah dilantik menjadi raja Terengganu. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal Abidin I. Pelantikan baginda dilakukan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, iaitu sultan Johor ketika itu kerana mempunyai hubungan persaudaraan

KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN KERAJAAN TERENGGANU

Zaman kegemilangan kerajaan Terengganu ialah semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I, iaitu Sultan Terengganu kedua. Pada masa tersebut, Terengganu telah muncul sebagai salah sebuah pelabuhan pedalaman yang terepenting di kepulauan melayu.Sultan Mansor Shah I telah melibatkan diri dalam perdagangan dengan melantik wakil-wakilnya untuk menjaga urusan perdagangan.Pelbagai barangan perdagangan seperti lada hitam, bijih timah, dan emas diperdagangkan, Hasil keluaran Terengganu berjumlah lebih kurang 30 000 dolar spanyol. Terengganu menjalin hubungan persahabatan dengan siam. Pada tahun 1765 siam telah meminta bantuan Terengganu untuk menyerang Raja Ligor dan telah dipersetujui oleh Raja Mansor Shah I. Baginda juga telah menghantar bunga emas ke siam sebagai tanda persahabatan sahaja, Walau bagaimanapun, kerajaan siam menganggap Terengganu mengakui ketuanan siam ke atas Terengganu. Terengganu adalah antara negeri terawal di tanah melayu yang menerima pengaruh islam. Bukti pengaruh islam tersebut ialah penemuan artifak pada abad ke-13, iaitu sebuah tembaga purba yang bertulisan ayat Al-Quran (surah al-Kahfi dan al-Taubat) bertarikh 652 Hijrah bersamaan 1254 Masihi. Seterusnya adalah Prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi yang menyebut tentang sepuluh darma atau undan-undang khususnya tentang hukum jenayah islam. Sultan Omar merupakan sultan Terengganu yang berpegang kuat pada ajaran islam.